Alhamdulillah, tahniah kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail di atas penganugerahan Best Sustainable Tourism Icon sempena Malaysia Tourism Industry Award 2022.
Best Sustainable Tourism Icon adalah anugerah yang julung kalinya disampaikan sebagai mengiktiraf pencapaian dalam pelancongan mampan iaitu aspek pelancongan yang mengambil kira sepenuhnya kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar:
Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan yang besar kepada YAB Menteri Besar Pahang dan juga Kerajaan Negeri Pahang demi memastikan negeri ini terus menjadi gerbang utama pelancongan negara.
Semuanya ada di Negeri Pahang, bermula dari kawasan peranginan tanah tinggi yang nyaman, hutan hujan yang menghijau, sungai yang dihiasi jeram dan air terjun yang memukau, pantai yang memutih, serta pulau yang indah.
Moh kita bersama-sama melestarikan alam kita, kerana ianya aset berharga kepada bidang eko-pelancongan Negeri Pahang, sebagai magnet menarik lebih ramai lagi pelancong dari dalam dan luar negara.
#Pahangfirst
#MohkePahang
#ThisIsPahang
#MajuTerusPahang
Lihat Sedikit