Malaysian Meteorological Department pada 1:20 tengah hari, 20 Disember 2022 telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan Bahaya (Merah), Amaran Hujan Berterusan Buruk (Jingga) dan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning) seperti yang dipaparkan.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.
Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan.
NADMA melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama Lihat Sedikit