Kami berjanji untuk bekerja dengan komitmen dan dedikasi bagi memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra amanah dan berkualiti ke arah menjadikan Daerah Rompin sebagai sebuah kawasan yang bersih, indah dan teratur
Janji kami adalah;
1. Memastikan setiap pelanggan diberi layanan yang adil dan mesra, memuaskan dan berkesan
2. Semua aduan akan diberi maklum balas dalam tempoh 3 hari.
3. Memproses permohonan tempahan peralatan,dewan,padang dan dataran dalam tempoh 1 hari.
4. Memproses permohonan-permohonan pelan pembangunan dalam tempoh yang ditetapkan:-
a) Pelan ubahsuai dan tambahan bangunan dalam tempoh 14 hari
b) Pelan bangunan dalam tempoh 37 hari
c) Pelan landskap dan nama taman dalam tempoh 37 hari
d) Pelan kebenaran merancang dalam tempoh 37 hari
e) Pelan infrastruktur dalam dalam tempoh 57 hari
5. Memastikan penghantaran bil cukai taksiran am tidak lewat daripada 15 Januari dan 15 Julai setiap tahun
6. Memastikan penghantaran notis E tidak lewat daripada 15 Mac dan 15 September setiap tahun
7. Memproses dan mengeluarkan keputusan permohonan-permohonan:-
a) Lesen premis tidak berisiko, lesen anjing, permit jualan dan permit sepanduk dikeluarkan dalam tempoh 1 hari
b) Pembaharuan lesen, permit jualan dan permit kaki lima dikeluarkan dalam tempoh 1 hari
c) Permit sementara dan permit kaki lima dikeluarkan dalam tempoh 14 hari
d) Lesen premis, lesen tempat hiburan,lesen hiburan, lesen papan iklan dan lesen penjaja dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima
8. Memproses dan mengeluarkan keputusan penyewaan gerai, kedai, pasar, dan bazar dalam tempoh 2 bulan dari tarikh iklan ditutup
9. Semua pembayaran dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
TARIKH KUATKUASA: 1 APRIL 2013